Sahabat?

Assalamualaikum wbt.. 
hye2,, jupe ngn eyqa lg..
eh2, kOrg sihat tak? 
tak sihat, jgn lupe mkn ubat ya? hehe..
Oklah.. skrg ni bab sahabat plak yaa.. hihi

Tanpa Sahabat Hidup Sunyi Sepi?

SAHABAT antara insan yang paling dekat di hati kita. Apabila berhadapan dengan seorang sahabat, kita mampu berkongsi apa saja. Tidak ada rasa malu yang bersisa, segala rasa dikongsi bersama, tidak kira sedih atau gembira. Menjadi sahabat kepada seorang insan biarlah berlandaskan kejujuran, jangan sesekali wujudnya sebuah penipuan. Menjadi sahabat juga biarlah yang mendatangkan kebahagiaan, bukan hanya membawa beban. Namun biar siapa pun sahabat itu, terimalah mereka seadanya. Percayalah tanpa sahabat hidup kita bakal sunyi. Andai ada yang salah, tegurlah dengan penuh berhemah. Buat semua pembaca eyQa ni, jum kita renungkan dalam situasi ini, pernahkah kOrg mengalaminya?


 BUKAN BEBANAN -Mungkin kamu pernah didatangi seorang sahabat yang terlalu banyak masalah. Mulalah kamu berasa rimas dan terbeban untuk mendengar segala luahan rasanya yang ada kala, terlalu remeh dan berulang kali. Namun percayalah itu bukan bebanan untuk kamu, tetapi itulah ruang yang paling berharga untuk lebih mengenali sahabat kamu.

 DOA - Kalau benar dia sahabat yang menyusahkan dan teelalu banyak membawa beban, janganlah kamu mengumpat dan mengeji sahabat kamu di belakangnya. Tetapi ikhlaskan hati berdOa pada ALLAH moga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk terus bersahabat dengannya serta berdOa moga dia mampu menjadi sahabat yang akan membahagiakan kita kelak.

 SOAL KEMBALI? - Sekiranya seorang sahabat pernah menyusahkan kamu, cuba kamu imbas kembali. Tidak pernahkah sekali kamu menyusahkan dirinya? Fikir-fikirkanlah!

 UKHWAH - Biarpun sahabat kamu sering kali membawa beban. Ingatlah jangan sesekali memutuskan persahabatan dengannya. Ini kerana ukhwah itu terjadi dengan kehendak ALLAH.

 KITA PUN SAMA SAJA - Tak perlu untuk kita anggap sahabat itu memberi bebanan. Kita pun apa kurangnya, ada masa kita terlupa karenah kita juga memberi bebanan buat sahabat. Secara sedar atau tidak itu lumrah dalam persahabatan.

:)

suka ni? like meh :)

Jangan Ucap!

Assalamualaikum wbt..

jupe cek eyQa lg ye? hehe..
mau dikOngsi!

Bercinta memang serOnok. Tapi awas! Sekiranya kita tersilap kata, buruk padahnya. Dalam menjalinkan hubungan cinta, kamu mesti tahu tentang 10 perkara yang tidak sepatutnya diucapkan kepada si dia. Apa dia? Jom semak fakta dibawah ni!! jum jum!

 "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
         * Si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka dibandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.
 " Eh, tak ketat ke baju awak tu? Nampak macam dah GemOk.."
         *Percayalah perempuan benci dikatakan gemuk! kamu memang sengaja mencari nahas. 
 " Hai, janganlah asyik marah-marah"
         * Jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan si dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu.
 " Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak".
        * Kamu memang mengecewakan!.
 " Awak pergilah 'shoping' sendiri atau dengan kawan, saya malaslah nak ikut".
        * Kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin meluangkan masa bersama kamu".
 Berdebat pertahankan pendapat.
        * Janganlah sampai bersungguh-sungguh kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam dimukanya.
 " Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni 'boring' la"
        * Percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini.
 "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak yee??"
         * Ini blh menyebabkan si dia trsinggung dan kamu mengundang malapetaka dlm perhubungan kamu berdua.
 " Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
        * Jangan salahkan sahaja, tapi fikirlah kenapa?
 " Alamak, abang lupalah harini hari jadi sayang".
          * Hari penting, kena ingat!  ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu.

So, jangalah besikap gitu2 yaa.. tuink2..!


suka ni? like meh :)

Pak Uda Meninggal?

Assalamualaikum wbt..
harap korg sihat n xsakit2 yaa? hihi
hye.. harini eyqa rase sgt2 sedih..
nak thu sb ap? sb td eyqa bru dengar khabar berita yg pak uda lam 'pi mai pi mai tang tu' meninggal sb serangan jantung..
sob sob.. sedih sgt..
tak sangka kn? aritu bru aje die belakon lam cite 'Hantu Kak Limah' tu..
huhuhuiii....

gambar ni time die betarung nyawa..

papepun takziah wt keluarga die..
~Al-Fatihah~

nak thu lebih lanjut tekan  SINI.


suka ni? like meh :)