Sahabat?

Assalamualaikum wbt.. 
hye2,, jupe ngn eyqa lg..
eh2, kOrg sihat tak? 
tak sihat, jgn lupe mkn ubat ya? hehe..
Oklah.. skrg ni bab sahabat plak yaa.. hihi

Tanpa Sahabat Hidup Sunyi Sepi?

SAHABAT antara insan yang paling dekat di hati kita. Apabila berhadapan dengan seorang sahabat, kita mampu berkongsi apa saja. Tidak ada rasa malu yang bersisa, segala rasa dikongsi bersama, tidak kira sedih atau gembira. Menjadi sahabat kepada seorang insan biarlah berlandaskan kejujuran, jangan sesekali wujudnya sebuah penipuan. Menjadi sahabat juga biarlah yang mendatangkan kebahagiaan, bukan hanya membawa beban. Namun biar siapa pun sahabat itu, terimalah mereka seadanya. Percayalah tanpa sahabat hidup kita bakal sunyi. Andai ada yang salah, tegurlah dengan penuh berhemah. Buat semua pembaca eyQa ni, jum kita renungkan dalam situasi ini, pernahkah kOrg mengalaminya?


 BUKAN BEBANAN -Mungkin kamu pernah didatangi seorang sahabat yang terlalu banyak masalah. Mulalah kamu berasa rimas dan terbeban untuk mendengar segala luahan rasanya yang ada kala, terlalu remeh dan berulang kali. Namun percayalah itu bukan bebanan untuk kamu, tetapi itulah ruang yang paling berharga untuk lebih mengenali sahabat kamu.

 DOA - Kalau benar dia sahabat yang menyusahkan dan teelalu banyak membawa beban, janganlah kamu mengumpat dan mengeji sahabat kamu di belakangnya. Tetapi ikhlaskan hati berdOa pada ALLAH moga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk terus bersahabat dengannya serta berdOa moga dia mampu menjadi sahabat yang akan membahagiakan kita kelak.

 SOAL KEMBALI? - Sekiranya seorang sahabat pernah menyusahkan kamu, cuba kamu imbas kembali. Tidak pernahkah sekali kamu menyusahkan dirinya? Fikir-fikirkanlah!

 UKHWAH - Biarpun sahabat kamu sering kali membawa beban. Ingatlah jangan sesekali memutuskan persahabatan dengannya. Ini kerana ukhwah itu terjadi dengan kehendak ALLAH.

 KITA PUN SAMA SAJA - Tak perlu untuk kita anggap sahabat itu memberi bebanan. Kita pun apa kurangnya, ada masa kita terlupa karenah kita juga memberi bebanan buat sahabat. Secara sedar atau tidak itu lumrah dalam persahabatan.

:)

suka ni? like meh :)

6 ulasan: