Hanya "Kawan"

Assalamualaikum wbt..
arini eyqa penat siket sb dok mengemas sb esOk nak balik kOlej..
lau nk diikutkan, xsuke.. haha.
tp ap bOley buat..em..
ha, eyqa ade benda nk dikongsikan ngn korg walaupon penat mngemas td..
penat2 pn eyqa tap nk update.. untuk kOrg :)

Hidup tanpa rasa cinta pasti diselubungi rasa sunyi. Jangan pernah menOlak persOalan ni! Setiap daripada kita sentiasa ingin dikasihi dan mengasihi tOl x? Cuma mungkin masanya belum tiba untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap cinta. Mungkin hanya selesa dengan sebuah hubungan 'persahabatan'. Namun, setiap daripada kita pasti punyai 'teman karib tapi mesra'. Benarkah begitu? Jika ia, kOrg harus bijak menguasai persahabatan tersebut agar tidak ada pihak yang terluka! Mari sini baca jum!!

  • Menyatakan kepadanya secara berterus terang bahawa tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat..  ( cakap tu bia ikhlas).
  • Menyatakan kepadanya sekiranya menjadi kekasihnya, tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaanya.
  • Kamu dan dia tidak sesuai kerana selama ini kamu bersikap kasar ketika bersama dai dan tiada ciri-ciri kekasih yang sejati.
  • Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya.
  • Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis atau jejaka diluar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang di idamkan olehnya.
  • Cuba mengelakkan diri kamu bertembung dengannya ditempat keje, sekolah atau dimana-mana tempat.
  • Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan daripada ikatan persahabatan daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.
  • Bertegas dengan pendirian kamu sekiranya kamu betul-betul tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan 'KAU MASIH SAHABATKU'.
  • Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

Ini saja dari eyQa..
Doakan eyqa esok untuk result eyqa..
maceh :) 

suka ni? like meh :)

Tip Memilih Kasut :)

Assalamualaikum wbt..
apa habaq arini?
cukup2 sihat kan? amin..
sekarang ni duk cite sal 'Bersih'..
ap yg bersih pun tak tahula kn? hehe..
daripada duk hebOh bersih2 tu bek kOrg bace ni.. bukan ape, nak ilangkan beban je? tOl x?
hehe..



Adakah korg pernah mengalami situasi kasut yang korg pakai tidak sampai sebulan sudah rosak atau kaki korangsakit gara-gara tersalah memilih kasut? Dalam keadaan itu, biasanya korg akan menyalahkan kasut berkenaan, padahal masalah ini timbul daripada sikap sendiri yang tidak tahu memilih kasut yang sesuai. Kat sini, eyqa ade 10 tip memilih kasut sebelum korg nak membelinya.. :)

 Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini otot kaki akan mengembang dan membesar sedikit kesan daripada pergerakan harian.

Sarungkan kasut pada kedua-due belah kaki dan pastikan kasut tidak menghimpit kaki. Berdiri tegak dan cuba berjalan untuk keselesaanya.

Pilih kasut dgn aktiviti korg. Jika terlibat dengan sukan, pilih kasut yang melindungi jari-jari kaki.

Pilih kasut yg berkusyen tebal dan diperbuat drpd bahan ringan bg meminimumkan kecederaan.

Sekiranya korg mencari kasut untuk tujuan aktiviti berjalan kaki atau berjoging, pilihlah kasut yang bertapak tebal untuk menahan hentakan tumit dengan tanah.

Pastikan tumit kaki dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat. Meskipun ada yang berpendapat lama-kelamaan kaki akan 'terbiasa', tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.

Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki korg 'bernafas seperti kulit'.

Kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi, dan mampu menampung kaki dengan stabil.

Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yang diingini.

Sekian untuk kOrg :)

suka ni? like meh :)