Tip Memilih Kasut :)

Assalamualaikum wbt..
apa habaq arini?
cukup2 sihat kan? amin..
sekarang ni duk cite sal 'Bersih'..
ap yg bersih pun tak tahula kn? hehe..
daripada duk hebOh bersih2 tu bek kOrg bace ni.. bukan ape, nak ilangkan beban je? tOl x?
hehe..



Adakah korg pernah mengalami situasi kasut yang korg pakai tidak sampai sebulan sudah rosak atau kaki korangsakit gara-gara tersalah memilih kasut? Dalam keadaan itu, biasanya korg akan menyalahkan kasut berkenaan, padahal masalah ini timbul daripada sikap sendiri yang tidak tahu memilih kasut yang sesuai. Kat sini, eyqa ade 10 tip memilih kasut sebelum korg nak membelinya.. :)

 Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini otot kaki akan mengembang dan membesar sedikit kesan daripada pergerakan harian.

Sarungkan kasut pada kedua-due belah kaki dan pastikan kasut tidak menghimpit kaki. Berdiri tegak dan cuba berjalan untuk keselesaanya.

Pilih kasut dgn aktiviti korg. Jika terlibat dengan sukan, pilih kasut yang melindungi jari-jari kaki.

Pilih kasut yg berkusyen tebal dan diperbuat drpd bahan ringan bg meminimumkan kecederaan.

Sekiranya korg mencari kasut untuk tujuan aktiviti berjalan kaki atau berjoging, pilihlah kasut yang bertapak tebal untuk menahan hentakan tumit dengan tanah.

Pastikan tumit kaki dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat. Meskipun ada yang berpendapat lama-kelamaan kaki akan 'terbiasa', tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.

Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki korg 'bernafas seperti kulit'.

Kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi, dan mampu menampung kaki dengan stabil.

Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yang diingini.

Sekian untuk kOrg :)

suka ni? like meh :)

5 ulasan: