Info penyakit Buasir :)

Assalamualaikum wbt..
arini eyqa nak bg thu sikit ..hehe..
manela kut2 penting ke kan?
Bagi sesape yg dapat penyakit buasir ni, korg kne dulu mengetahui keadaannya bagi mendapatkan ubat yang sesuai. Jika terdapat tanda-tanda lain seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya, buasir berlaku berulang kali atau tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dengan segera. Ok? Kemungkinan terdapat penyakit yang lebih serius disebabkan buasir seperti dibawah ni :

 Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria.
 Luka di saluran dubur disebabkan nanah yang pecah.
 Kanser di bahagian dubur yang juga dicirikan dengan sembelit, pendarahan n kesakitan di kawasan dubur.
 Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Perkara-perkara yang boleh dlakukan untuk mengurangkannya.

 Mandi 'sitz' selama 10 hingga 20 minit beberapa kali sehari atau waktu yang kamu boleh. Kamu tidak perlukan tub mandi. Isikan air suam. Kemudian rendamkan bahagian bawah kamu dengan menurunkan seluar dan duduk.

 Selepas membuang najis, bersihkan kawasan dubur dengan lembut menggunakan botol peri ( botol penyembur plastik ). Cuba gunakan pengelap yang lembap daripada menggunakan tisu yang kering untuk mengelap. Jika menggunakan tisu, gunakan tisu yang lembut, putih, dan tidak wangi yang mengurangkan ketidakselesaan berbanding tisu berwarna atau wangi.

 Tanya doktor kamu untuk mencadangkan anesthetic yang selamat atau suppositories berubat. Terdapat banyak ubat untuk meredakan buasir tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

 Kurangkan tekanan pada urat rectal kamu, untuk mengurangkan kesakitan. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama. :)

Info untuk kOrg :)

suka ni? like meh :)

0 Cumel Saya:

Catat Ulasan